25/11/13

Republik Indonesia


Republik Indonesia ialah sebuah negara kepulauan yang juga disebut sebagai Nusantara (Kepulauan Antara) yang terletak di antara tanah besar Asia Tenggara dan Australia dan antara Lautan Hindia dan Lautan Pasifik. Ibu negara dan pusat pentadbiran Indonesia ialah Jakarta.
Dengan 17,508 pulau, Indonesia merupakan negara kepulauan terbesar di dunia. Dengan jumlah penduduk seramai 222 juta orang pada 2006, ia merupakan negara keempat paling banyak penduduk dan negara berpenduduk Muslim yang terbesar di dunia, walaupun secara rasminya ia bukanlah sebuah negara Islam. Indonesia merupakan sebuah republik, dengan parlimen dan presiden yang dipilih secara langsung.
Indonesia ialah negara yang terluas di Asia Tenggara. Untuk memudahkan pentadbiran, negara ini dibahagikan kepada 33 provinsi ( satu Daerah Istimewa (DI), iaitu Daerah Istimewa Yogyakarta, dan dua daerah dengan autonomi khusus iaitu Nanggroe Aceh Darussalam dan Papua serta satu Daerah Khusus Ibu kota (DKI), iaitu Daerah Khusus Ibukota Jakarta Raya. Indonesia sedang menjalankan autonomi untuk setiap negerinya dengan tujuan memberikan peluang pembangunan yang sama rata di seluruh negara. Selain autonomi, pemerintah Indonesia kini sedang menjalankan prinsip pengagihan kuasa pusat untuk negeri-negerinya.
Politik:
Garuda Pancasila adalah falsafah dasar negara Indonesia yang berasal daripada dua kata Sanskrit, "panca" yang bererti 'lima', dan "sila" yang bererti 'dasar'. Pancasila terdiri atas kelima-lima dasar yang amat berkait dan yang tidak dapat dipisahkan:
·         Kepercayaan kepada Tuhan Yang Esa
·         Kemanusiaan yang Adil dan Beradab
·         Perpaduan Indonesia
·         Demokrasi yang dibimbing oleh Kebijaksanaan yang berasal daripada Musyawarah/Perwakilan
·         Keadilan Sosial bagi Seluruh Rakyat Indonesia
Indonesia mengamalkan sistem demokrasi yang diketuai oleh seorang presiden, dan Pancasila ini merupakan jiwa demokrasi. Demokrasi yang didasarkan atas lima dasar tersebut dinamakanDemokrasi Pancasila.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar